July 31, 2011

Ramadhan Kembali Lagi

Hari ini yang bertarikh 1 Ramadhan
Aku menghitung detik
Aku mengira saat
Dan aku terheret ke memori lalu
Pelbagai warna
Kelam dan suram
Cerah dan cantik
Tapi…yang mana menguasai kehidupanku?
Gelap atau cerah?
Tenang atau resah?
Satu persatu kenangan itu kuselak
Perlahan-lahan memori itu kuimbas
Istighfar terucap berkali-kali
Diselangi Tasmid berulang-ulang
Semoga Ramadhan kali ini
Lebih terisi daripada yang lalu
Lebih menginsafi diri
Air mata ini tetap bertitisan
Mengalir ke pipi menjadi saksi
KeredhaanMu aku harapkan
Pelindung daripada azabMu
Penolong ke Firdausi hakiki
Dan air mata ini terus mengalir
Terasa kerdil dan insaf
Semoga taubatku diterima Ya Robbi..

HASIL NUKILAN : ZULAIKHA BINTI KAMAL

Hari Ini Bertarikh 1 Ramadhan

Assalamu'alaikum. Hari ini 1 Ramadhan, tak senang hati tanpa pengisian ilmu di hati. Ika nak kongsi 2 baris ayat daripada Al-Qur'an Al-Karim iaitu...


"Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad : 7)


 dan sebaris lagi...


"Dan orang yang mendapat petunjuk, Allah akan menambah petunjuk kepada mereka dan menganugerahkan ketakwaan kepada mereka." (Muhammad : 17)

Jom hayati bersama...^^, Selamat Beramal!

Silent Sunday


Salam Ramadhan Al-Mubarak

July 26, 2011

AKU RINDU RAMADHAN

Tika ku sepi sendiri
Jari mengira-ngira detik yang berlalu
Syaaban kian menutup tirai
Ramadhan semakin hamper
Aku rindu detik itu

Saat ramadhan tiba
Disambut penuh syukur dan sabar
Ketabahan diri semakin terdidik
Nafsu membara kian terpadam
Iman semakin tebal

Ya Robbi
Setiap detik dalam Ramadhan
Bibir tak kering dengan zikirMu
Fikiran tak melayang daripada memgingatiMu
Tiada perkataan tanpa pujian untukMu

Dalam muhasabah diri
Lekas terucap istighfar dibibir
Atas dosa-dosa lalu
Semoga terhapus dalam barakah Ramadhan
Hati ini semakin rindu Ramadhan


HASIL NUKILAN : ZULAIKHA BINTI KAMAL

July 25, 2011

Terima Kasih Ya Robbi

Kadang-kadang rencanaMu
Membuatkanku sedikit resah
Seribu hikmah Kau selitkan
Dalam setiap musibah dan ujian yang menimpa

Kadang-kadang aku terasa
Hidup ini penuh dengan teka-teki
Jawapannya sentiasa betul
Jika dijawab
Dengan penuh kesabaran dan ketakwaan

Kadang-kadang aku terjatuh
Kau uji sabarku
Kau uji imanku
Dan kesabaran itu semakin menebal
Semakin kukuh
Seiring dengan iman
Keranaku tahu
UjianMu, setaraf dengan kemampuanku

Ya Robbi,
Tikaku keseorangan
Kau peneman setia
Saatku dalam kesibukan
Kau peliharaku daripada kejahatan
Waktu kesedihan bertapa di hati
Kau mendengar dengan teliti
Sungguh agung kasihMu
Sungguh A’zim sayangMu
Sungguh kerdil terasa
Walau tidaklah seberapa yang kubalas
Namun Kau tetap memberi yang terbaik
Terima kasih Ya Robbi

9:24 pm
25hb Julai 2011
HASIL NUKILAN : ZULAIKHA BINTI KAMAL

Bukit Gambang Water Park

 Assalamualaikum..lama dah tak update blog kan? Aku baru balik bercuti, bercuti kat Pahang je. Tapi best jugak lah walaupun tak berapa best. hahaha..cube teka aku bercuti kat area mana? Huhuhu..


Yeah! Bukit Gambang Water Park! Hahaha.. sebelum sampai ke hotel, kitorang jalan-jalan kat Teluk Cempedak. Makaih, jernih betul air lautnye..





Jernihkan? kan? lepas aku biarkan adik2 aku main air, aku ajak diorang balik kat bas. Kang terlambat naik bas, kena tinggal pulak.

Sepanjang perjalanan....








Bila sudah sampai, hati menyanyi riang, penat w0oooo!! Tak sbar nak jumpe katil..

Err..perempuan berbaju hijau tu bukan aku atau mak aku. Cuma dia saja je nak posing kat situ..hehe!



Ada banner kitorang tergantung kat lobi..hehe!




Mandi manda di kolam..






Ni semua gelagat adik2 aku yang dapat mandi kolam. Tak boleh masukkan banyak2, sebab aku jeles (tak dapat mandi..=P )

Masa untuk pulang..adik aku bawak kereta..lalalalala~~







July 11, 2011

Follower ke 100

Assalamualaikum..ini kisah follower aku yg ke 100..uhuk3x!








Tahniah kepada Arifah Ariffin yang menjadi follower ke 100 aku! Hehee..hadiah? Huh!






Klik untuk singgah di blog beliau, kemudian balik semula ke blog ini ye..hahaha!





Salah satu entri beliau yang membuatkan aku terifkir sejenak, dah lama aku cari jawapan kepada soalan "Macam mana nak jadi orang baik?"..heheee...

Sahabat bertanya Rasulullah SAW :
" SIAPAKAH YG MENJADI SAHABAT YG PALING BAIK BAGI KAMI ? "
>> Seseorang yg apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah SWT.
>> Apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah..
>> Dan apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat.



Tahniah sekali lagi ye Puan..err..Cik..err...tahniah ye!

July 07, 2011

Menjadi Wanita paling Bahagia?

Assalamualaikum..

Baru-baru ni aku pergi melawat kawan aku sakit..kat Hospital Sultan Ismail. Dan post ni bukan aku nak cerita pasal dia yang baru lepas eksiden, patah kaki kanan (dah cerita ponnn...=.=')

Emmm..kecian kan? Ayah dia meninggal masa perjalanan ke hospital kalau tak silap aku..(alfatihah)

Back to the topic!

Lepas balik drpda melawat member aku tuh, kitorang berlima (member tempat keje) pergi shopping...(p/s : jgn bgtahu kawan aku yang sakit tau!) haha. Ambil kesempatanlah kan?

Jalan punya jalan..jumpa lah satu kedai buku..yang ada jual banyaakkkkkk buku...hehehe


Buku yang menarik perhatian aku...huk3x!
Aku belilah buku ni..hehehehe..ada promotion, so mestilah beli. (Tak nak bgtahu aku beli kat mana, korang cari kat JB)..hehehehehe

Aku dengan penuh yakin melangkah kekaunter pembayaran untuk membayar lah..

Tiba-tiba member aku tegur..

"Ika beli buku apa?"

Dengan penuh rasa rendah diri, aku pun membaling menunjukkan buku tersebut kepada member aku yang pakai tudung free hair tuh..

"Pergh...dalam hati ada taman!"

Ceh! Dia ingat dia kat dalam rumah ke nak cakap kuat-kuat. Orang ramai mula memandang kawan aku aku dengan pandangan sinis. Mak aku aku pun blushing...

Dengan penuh sedikit keyakinan aku pergilah membayar setelah berkata..

"(speechless) (=.=')"



Sekadar gambar hiasan

July 04, 2011

Untukmu Kekasih

Kian aku  berteman
Kian hari semakin terhitung
Kian hutang pada Allah semakin bertimbun
Hutang masa
Hutang alpa
Andai aku bisa rencanakan hidupku sendiri
Tidak sekali kubenarkan dia menyelam dalam cerita hidupku
Namun aku hanya punya kuasa untuk merancang rencana

Kekasih, andai dirimu terkilas pada puisi hati ini
Usah kau fikirkan tentangku lagi
Kerana diari cintaku tertutup rapi kerana Dia
Maafkan aku..
Aku tidak bersedia





HASIL NUKILAN : ZULAIKHA BT KAMAL

July 02, 2011

Mencari Identiti Sendiri..

Assalamualaikum...



Ana Zulaikha binti Kamal
Ana sedang mencari identiti sendiri dalam dunia yang penuh warna warni
Sedang mencungkil identiti dalam menuju jalan mardhotillah
Doakan ana istiqomah..

Kepada VIP's Blog CORNER MUSLIMAH yang dihormati,


Aku atau bhs s0pannye.."saya' nak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi melawat and be my follower. Juga, saya ingin memohon maaf andai terkasar bhse, or tercuit hati, terpukul jiwa, ter...err..ter ape lg ekk?? ape pun, mohon maaf lah ye..maafkan tau..you r my fren, hehehe. Hanya Allah yang dapat balas jasa VIPku ini kerana melawat blog yg emmm...yg ape? emm..pandai2 la VIPku menilainye ye..hehe..tQ!! & <3 u all!!