June 12, 2011

Surat cinta buat pemilik cintaku

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..aku terasa tenang. Hatiku cukup tenang dengan kehadiran Kau. Alangkah ruginya aku kerana menjauhkan diriku dari Kau. Masih ingatkah waktu aku dan Kau mula-mula kenal dulu. Aku begitu senang dengan kehadiran Kau dulu. Kau selalu temankan ke mana jua aku pergi. Pergi sekolah, pergi kedai, sidai baju, main kejar-kejar dengan kawan-kawan pun Kau masih temani aku. Kau masih jaga aku. Untuk itu, terima kasih aku ucapkan untuk Kau.


Masa kecil-kecil dulu, aku dan Kau kerap luangkan masa bersama. Tiap-tiap malam selepas solat Maghrib, kita selalu baca buku ‘cerita’ sama-sama sementara menunggu waktu Isyak. Sebelum tidur, bangun pagi aku sebut nama Kau, nak makan sebut nama Kau, nak belajar pun aku sebut-sebut nama Kau...angau betul masa tu. Mak dan abah juga selalu menyebut-nyebut namamu..pandai betul Kau mengambil  hati mereka. Aku tahu Kau selalu teringatkan aku. Ustazah selalu pesan, jangan abaikan Kau kerana Kau tak pernah abaikan aku. Tapi, aku selalu tak endahkan nasihat dan peringatan ustazah aku. Akibatnya, aku selalu jauhkan diri dengan Kau. Tapi Kau masih menjaga aku.


Bila dah masuk alam sekolah menengah, aku mula lupakan Kau. Mula cari kehidupan sendiri tanpa kehadiran Kau. Banyak dugaan yang terpaksa kutempuhi…dan tika itu aku teringatkan Kau. Saat teringatkan Kau, pasti air jernih ini menitis taubat. Bertahun-tahun lamanya aku meninggalkan Kau, baruku tahu bahawa Kau tetap mengambil berat tentang diriku. Kau selalu memastikan aku kuat untuk menghadapi dugaan-dugaan tersebut. Tidak kusangka, Kau masih menunggu aku. Alangkah baiknya Kau terhadapku!


Masuk ke alam menara gading, Kau memperkenalkan kepadaku dengan beberapa orang sahabat. Sahabat-sahabatku sangat suka berkawan dengan Kau sehingga menimbulkan cemburu dihati. Namunku tahu, Kau masih mengasihi diri ini. Dan aku sedari, Kau juga mengasihi mereka. Tapi, aku hairan. Kasih sayang yang Kau curahkan kepada aku dan sahabat-sahabatku sangat adil sehingga aku tidak pernah rasa tersisih. Alhamdulillah!


Sepanjang tempoh pengajianku, aku bersama sahabat-sahabatku sering mencari kesempatan waktu untuk bersama-sama. Kadang-kadang aku dan mereka berjalan-jalan di pantai, kadang-kadang pergi taman negara, kadang-kadang meredah hutan. Dan tika itu, pasti aku dan mereka teringatkan Kau dalam menghayati alam semulajadi ini. Aku dan mereka juga sering mengadakan perjumpaan, hanya untuk menyebut namaMu, menceritakan perihalMu yang sangat indah. Sahabat-sahabatku sungguh bijak meluangkan masa bersama Kau, dan aku turut terasa sekali. Subhanallah!


Masa cuti semester sangat panjang. Dan aku rasa sangat rugi jika tidak bersama Kau seperti dulu. Mesra. Bagai orang yang sedang yang bercinta…dan memang pun! Aku semakin aktif mencari cerita-cerita tentangMu di internet dan buku-buku ‘cerita’. Dan buku ‘cerita’ yang dulu masihku amalkan kerana cintaku padaMu. Ada ketenangan disebalik buku 'cerita' itu sayang..aku selalu teringatkan Kau. Rindunya!


Tak sabar nak bertemu denganMu, sayang. Aku nak bawa keluargaku semua bertemu denganMu. Aku nak ajak sahabat-sahabatku semua untuk mengenali dan berkawan denganMu. Tiada lagi cemburu dihati kerana aku tahu Kau begitu sayang padaku. Aku nak adik-adikku semua merasakan kasih sayang Kau, aku nak orang tuaku rasakan kasih sayang Kau. Dan aku tahu Kau tak pernah menghampakan aku. Sebab tu aku sayang sangat-sangat pada Kau.


Dan kini aku lebih senang bersendirian..membersihkan hatiku dengan nama Kau, mengisi ilmuku dengan perihal Kau, 'cerita-cerita' tentang Kau. Aku lebih senang untuk bermuhasabah sendiri..aku lebih tenang dalam memikirkan Kau daripada memikirkan dunia. Dan air mata menjadi saksi.


"Wahai pemilik cintaku..insyaALLAH, Kau kuatkanlah semangatku dalam menghadapi dugaan, Kau kekalkanlah aku di jalan yang diredhai. Kau permudahkanlah urusan dunia akhiratku dalam mencari redhaMu. Kau rahmatilah ahli keluargaku, rahmatilah sahabat-sahabatku dan seluruh umat manusia dalam menjalankan tanggunggjawab sebagai khalifahMu. Kurniakanlah dan kekalkanlah hidayahMu kepada sahabat-sahabat yang aku sayang. Ya Allah, sesungguhnya aku hambaMu yang kerdil lagi hina..ampunilah aku. Sesungguhnya Kau Maha Penyayang dan Maha Adil. "


P/S : Warkah ini ditulis oleh Zulaikha binti Kamal khas untuk pemilik cintanya yang agung. Terima kasih kepada hamba Allah yang mencadangkan untuk membaca buku Pemilik cintaku setelah ALLAH dan Rasul. Warkah ini tercetus setelah membaca buku ini...alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment

12 897 orang suka baca cerita aku :

Kepada VIP's Blog CORNER MUSLIMAH yang dihormati,


Aku atau bhs s0pannye.."saya' nak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi melawat and be my follower. Juga, saya ingin memohon maaf andai terkasar bhse, or tercuit hati, terpukul jiwa, ter...err..ter ape lg ekk?? ape pun, mohon maaf lah ye..maafkan tau..you r my fren, hehehe. Hanya Allah yang dapat balas jasa VIPku ini kerana melawat blog yg emmm...yg ape? emm..pandai2 la VIPku menilainye ye..hehe..tQ!! & <3 u all!!