June 29, 2011

SEKADAR RENUNGAN

ALLAH SWT berkata kepada iblis laknatullah :
"Utusanmu tukang tenung,
kitabmu perangai buruk,
hadismu bohong,
Qur'an-mu syair,
tukang azanmu seruling,
masjidmu pasar,
rumahmu adlah tandas,
makananmu sesuatu yang tidak disertakan namaKu,
minumanmu yang memabukkan
dan 
perangkapmu adalah perempuan." 

SEKADAR INGATAN

wHeN u HaVe DiFfIcULTiEs In YoUr ExAm,

dUN sAy, " oH MY GOD, i HaVe a BiG pRobLem!"

BuT...

sAy DiS.." Hi PrObLeM, I hAvE a BiG GOD!"

" ALLAHU AKHBAR!

study while thinking of ALLAH is the key of succesful!
 

SEKADAR SINDIRAN

Tahu tak apa itu KESETIAAN? 
Masih bersama buku walaupun bersama buku.. 

Tahu tak apa itu KEBAHAGIAAN? Bergolek-golek atas katil bersama buku.. 

Tahu tak apa itu KESUNGGUHAN? Stay up sepanjang malam bersama buku walaupun 
pada malam-malam 'terakhir'.. 

Tahu tak apa itu PENGORBANAN? Melepaskan buku pada waktu paling genting.. 

Tahu tak apa itu KEBERANIAN? Masuk ke dewan peperiksaan tanpa persiapan yang 
cukup..( tak habis baca buku..huhu ) 

June 21, 2011

Hanya untukmu


aku masih aku
dan aku ialah aku
aku manusia biasa
punya nafsu dan akal
punya hati dan perasaan

aku tak perlukan kau untuk waktu ini
aku tak perlukan kau untuk tika ini
aku tak perlukan cinta palsu untuk saat ini
aku perlu diriku dan Dia
biarlah aku mencari redhaNya
sebelum aku bersamamu
biarlah aku mencari cintaNya
sebelum kau peroleh cintaku

cintaiku hanya kerana kau mencintaiNya
sayangiku hanya kerana kau menyayangiNya
jangan kau lebihkan cinta dan sayangmu
untuk makhluknya
biarlah dua per tiga sayang dan cintamu
hanya untuk Dia

wahai insan yang bakal bergelar suamiku
kuutuskan puisi hati ini
hanya untuk peringatan aku dan kau
moga kau tabah menempuh segala rintangan nafsumu
kuatkanlah hatimu untuk menemui cintaNya
dan aku
menunggumu di penghujung jalan

aku masih aku
tiada yang berubah melainkan untukNya
hanya untukmu jua



Hasil nukilan : Zulaikha binti Kamal 

June 19, 2011

Akak ada duit..

Assalamualaikum..
Heee..comel3x!
Hari ni makan kopok lekor kegemaranku..beli kat pasar malamlah beb...keh3x!

Sebelum pergi pasar malam,ayah aku suruh adik kembar aku tulis kat kertas apa yang diorang nak beli.



Akak :

~burger
~kebab
  ~kentang
  ~popcorn
  ~air soya

Adik :

~kebab
~burger
            ~kentang goreng
 ~popcorn
 ~air milo

Ewahhh..bukan main lagi budak2 kecik nih. Ceh (=.=')!

Bila ditanya, akak ada duit ke nak beli sume nih..

"Ada."

Berapa ringgit akak ada?

"Akak ada duit..RM1.60.."

Mulalah berdekah2 ketawa..hahahahaha=D!

relax..co0l, jangan buat akak bengang..keh3x!

"Mana cukup kak duit ni nak beli semua tu.."

" Ok..takpalah, akak beli kebab je.." Muka akak masih mengharap..huk3x!

"Kebab Rm2.50 la kak..akak baru ada RM1.60.."

Lex luuu...

Lepas kitorang pun pergilah pasar malam tuh..memula sekali mak belikan mee rebus untuk ayahanda ku..keh3x.

Tibe2 akak nak bagi kertas senarai makanan yang dia nak beli tu kat makcik yang jual mee rebus..

Haahahahaha!

Mestilah terkejut beb..tergelak kang makcik tu, nasib baik aku sempat halang.

 Untuk sedapkan hati akak dan adik, aku pun belanjalah diorang burger daging sorang sebijik..keh3x!


June 15, 2011

Aku kini lebih menghargai...

Assalamualaikum...setelah sebulan aku bekerja partime di Pulai Desaru Beach Resort, aku belajar untuk menghargai apa yang aku ada dan tidak mengejar apa yang tidak kumiliki. 

Betapa peritnya dunia pekerjaan di luar sana. Baru aku faham...mereka yang tak berapa baik dalam akademik akan dikerah tenaganya, dan mereka yang agak baik dalam akademik diminta menggunakan akal semasa bekerja...

Dan aku tak mahu selamanya bekerja sebagai Kitchen Helper di hotel tuh. Aku lebih selesa menggunakan akal..I want to be a researcher..insyaALLAH..



vs.



Best jugak jadik Kitchen Helper..boleh blajar masak..terdidik dengan disiplin kat dapur.

Senang sikit kalau da belajar masak nanti nakkahwin,tak payah sibuk2 baru belajar. Betul tak?

Hee...bersyukur dengan apa yang kita ada tau..daaa~

Excited vs. Diri sendiri?

Assalamualaikum..excited? Excited sangat2x. Ish, kenapa pulak excited nih? Aku pun tak  tahu..huhu..




Excited! Finally, I found myself!
Aku dah tahu siapa aku, aku dah tahu jalan yang sepatutnya aku lalui, aku dah tahu apa yang perlu aku buat, dan aku dah tahu apa yang akan aku dapat. Excited sangat2x! 




Setelah menemui siapa diriku yang sebenar,aku semakin merindui mereka. Geng Usrah UPMKB..bilalah dapat jumpa diorang lagi..semoga semangat Usrah masih membara..


Excited setelah menenui diri sendiri dan merindui Usrah, apakah kaitannya? Jawablah sendiri..heee

June 12, 2011

Surat cinta buat pemilik cintaku

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..aku terasa tenang. Hatiku cukup tenang dengan kehadiran Kau. Alangkah ruginya aku kerana menjauhkan diriku dari Kau. Masih ingatkah waktu aku dan Kau mula-mula kenal dulu. Aku begitu senang dengan kehadiran Kau dulu. Kau selalu temankan ke mana jua aku pergi. Pergi sekolah, pergi kedai, sidai baju, main kejar-kejar dengan kawan-kawan pun Kau masih temani aku. Kau masih jaga aku. Untuk itu, terima kasih aku ucapkan untuk Kau.


Masa kecil-kecil dulu, aku dan Kau kerap luangkan masa bersama. Tiap-tiap malam selepas solat Maghrib, kita selalu baca buku ‘cerita’ sama-sama sementara menunggu waktu Isyak. Sebelum tidur, bangun pagi aku sebut nama Kau, nak makan sebut nama Kau, nak belajar pun aku sebut-sebut nama Kau...angau betul masa tu. Mak dan abah juga selalu menyebut-nyebut namamu..pandai betul Kau mengambil  hati mereka. Aku tahu Kau selalu teringatkan aku. Ustazah selalu pesan, jangan abaikan Kau kerana Kau tak pernah abaikan aku. Tapi, aku selalu tak endahkan nasihat dan peringatan ustazah aku. Akibatnya, aku selalu jauhkan diri dengan Kau. Tapi Kau masih menjaga aku.


Bila dah masuk alam sekolah menengah, aku mula lupakan Kau. Mula cari kehidupan sendiri tanpa kehadiran Kau. Banyak dugaan yang terpaksa kutempuhi…dan tika itu aku teringatkan Kau. Saat teringatkan Kau, pasti air jernih ini menitis taubat. Bertahun-tahun lamanya aku meninggalkan Kau, baruku tahu bahawa Kau tetap mengambil berat tentang diriku. Kau selalu memastikan aku kuat untuk menghadapi dugaan-dugaan tersebut. Tidak kusangka, Kau masih menunggu aku. Alangkah baiknya Kau terhadapku!


Masuk ke alam menara gading, Kau memperkenalkan kepadaku dengan beberapa orang sahabat. Sahabat-sahabatku sangat suka berkawan dengan Kau sehingga menimbulkan cemburu dihati. Namunku tahu, Kau masih mengasihi diri ini. Dan aku sedari, Kau juga mengasihi mereka. Tapi, aku hairan. Kasih sayang yang Kau curahkan kepada aku dan sahabat-sahabatku sangat adil sehingga aku tidak pernah rasa tersisih. Alhamdulillah!


Sepanjang tempoh pengajianku, aku bersama sahabat-sahabatku sering mencari kesempatan waktu untuk bersama-sama. Kadang-kadang aku dan mereka berjalan-jalan di pantai, kadang-kadang pergi taman negara, kadang-kadang meredah hutan. Dan tika itu, pasti aku dan mereka teringatkan Kau dalam menghayati alam semulajadi ini. Aku dan mereka juga sering mengadakan perjumpaan, hanya untuk menyebut namaMu, menceritakan perihalMu yang sangat indah. Sahabat-sahabatku sungguh bijak meluangkan masa bersama Kau, dan aku turut terasa sekali. Subhanallah!


Masa cuti semester sangat panjang. Dan aku rasa sangat rugi jika tidak bersama Kau seperti dulu. Mesra. Bagai orang yang sedang yang bercinta…dan memang pun! Aku semakin aktif mencari cerita-cerita tentangMu di internet dan buku-buku ‘cerita’. Dan buku ‘cerita’ yang dulu masihku amalkan kerana cintaku padaMu. Ada ketenangan disebalik buku 'cerita' itu sayang..aku selalu teringatkan Kau. Rindunya!


Tak sabar nak bertemu denganMu, sayang. Aku nak bawa keluargaku semua bertemu denganMu. Aku nak ajak sahabat-sahabatku semua untuk mengenali dan berkawan denganMu. Tiada lagi cemburu dihati kerana aku tahu Kau begitu sayang padaku. Aku nak adik-adikku semua merasakan kasih sayang Kau, aku nak orang tuaku rasakan kasih sayang Kau. Dan aku tahu Kau tak pernah menghampakan aku. Sebab tu aku sayang sangat-sangat pada Kau.


Dan kini aku lebih senang bersendirian..membersihkan hatiku dengan nama Kau, mengisi ilmuku dengan perihal Kau, 'cerita-cerita' tentang Kau. Aku lebih senang untuk bermuhasabah sendiri..aku lebih tenang dalam memikirkan Kau daripada memikirkan dunia. Dan air mata menjadi saksi.


"Wahai pemilik cintaku..insyaALLAH, Kau kuatkanlah semangatku dalam menghadapi dugaan, Kau kekalkanlah aku di jalan yang diredhai. Kau permudahkanlah urusan dunia akhiratku dalam mencari redhaMu. Kau rahmatilah ahli keluargaku, rahmatilah sahabat-sahabatku dan seluruh umat manusia dalam menjalankan tanggunggjawab sebagai khalifahMu. Kurniakanlah dan kekalkanlah hidayahMu kepada sahabat-sahabat yang aku sayang. Ya Allah, sesungguhnya aku hambaMu yang kerdil lagi hina..ampunilah aku. Sesungguhnya Kau Maha Penyayang dan Maha Adil. "


P/S : Warkah ini ditulis oleh Zulaikha binti Kamal khas untuk pemilik cintanya yang agung. Terima kasih kepada hamba Allah yang mencadangkan untuk membaca buku Pemilik cintaku setelah ALLAH dan Rasul. Warkah ini tercetus setelah membaca buku ini...alhamdulillah..


June 11, 2011

Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul

Assalamualaikum..akhirnya!
Aku dapat jugak miliki buku nih..dah lama nak beli. 
Member-member lain sume dah beli..jeles wooo!

Ada cerita di sebalik buku nih...apa kata korang beli buku ni. Sesuai untuk tontonan bacaan umum dengan isi yang padat dan bermakna.





m0od :

> entri paling sedih..masa beli buku ni, aku rasa tak sedap ati..rupanya ada peristiwa yg mengecewakan aku di sebalik buku..

> aku baca Al-Quran mcm biasa cuma malam ni sambil ditemani air mata..dan hati aku masih tak faham..

June 09, 2011

Semudah ABC!

Assalamualaikum..

Kat tempat kerja aku ada 2 orang yang mengalami masalah komunikasi (pekak & bisu). Aku ingat senang je guna bahasa isyarat tangan, rupa-rupanya susah jugak tau. Payah tul nak faham apa yang diorang sampaikan. 

Aku perhatikan ramai jugak staf2 hotel yang pandai guna bahasa isyarat ABC tu. Rasa geram mula menguasai jiwaku. Aku pun cuba lah belajar ABC tu. Mula2 memang payah sikit, tapi kalau praktis mesti boleh punya. 

Malaysia bolehhh!!




Haa..ni lah dia, jom lah belajar sesame..huk3x!

June 08, 2011

Hey yang bernama manusia!

Hey korang!

Aku nak citer sikit. Kat tempat aku keje, banyak yang kena fikir. Persiapan sentiasa ada sebagai backup kalau ada ape2 yang berlaku. Penat jugak. Pagi dah sibuk memasak..tengahari rehat sekejap 45 minit. Lepas tuh, kena buat persediaan untuk esok. 


Persediaan yang aku cakap tu..kena potong2 sayur, standby untuk masak esok. So, esok takkan kelam kabut. Rutin ni berlaku setiap hari..tapi bukan nih yang aku nak cerita kat korang. Tadi aku rehat seperti biasa..dua tiga hari ni penat sikit. Banyak betullah keje. Tengah aku sedap2 merehatkan badan yang agak penat ni, otak aku tiba2 terfikir..

~Lepas ni nak potong sayur. Sayur kacang panjang, sayur kobis bulat, potong macam biasa. Tempe potong macam yang Kak Ita ajar aku semalam. 

~Setiap hari kena potong sayur..mesti standby untuk esok. Supaya tak kelam kabut.

~Setiap hari kena pastikan barang ada..kalau xde, kena plan esok masak ape. Plan tukar menu.

~Tapi...kenapa tak terfikir untuk standby amalan untuk esok? Mana tahu esok ada ape2 yg berlaku..kita mana tahu kan?

~Kenapa tak risau nak standby amalam untuk esok? Mana tahu..esok ko da tak ada, maut kan Allah yang tentukan..

Ingatan ini untuk aku dan korang yang bergelar manusia..kerana aku juga manusia yang perlu diingatkan..

June 03, 2011

Sorry Guys!

Assalamualaikum korang!
Aduh, maaf bangat dong..hehehe
Aku tak sempat2 nak update blog nih, penat alek keje, tak brape sihat lah. Tekak aku punyalah perit, nak termuntah aku. Uii, tak ada selera nak makan.

Nak tahu apa puncanye??

Ha..ni aku nak habaq sikit. Kat tempat keje aku tuh, ramai betul yg menghisap rokok. Aduh, pedih tul hidung aku yg comel nih...keh3x! (perasan lakkss..haha!)

Aku lak dua minggu ni kena ganti tempat sorang akak tu kat bahagian kantin. Kantin tu dahlah kecik, ada ke patut abang2 yang merangkap pakcik2 tu merokok dalam kantin, tempat aku potong2 sayur. Asap berkepul2 di ruang udara, aku mula kekurangan oksigen. Terasa kaki mcam nak angkat ke perut 'abang2' tu je. Peh! panas beb. Aku pun melarikan diri ke tempat lain..sayur tu biar diorang potong sendiri..hua hua hua..!!

Keh3x..sebab yang kedua, aku banyak minum air sejuk. Aku tak lah kuat sangat air sejuk..tapi macam sedap lak air tu bila letak ais..hehehehe...rasakan!

So, dipendekkan cerita yang memang pendek nih..aku tak ada mood nak update. Harap maaf ye, tunggu ana sihat dan bila idea mencurah-curah sehingga melimpah ke ladang gandum..kuang3x!

Korang jaga diri bebaik tau..keh3x..g0odbye bebeh!
Assalamualaikum..^^

Kepada VIP's Blog CORNER MUSLIMAH yang dihormati,


Aku atau bhs s0pannye.."saya' nak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi melawat and be my follower. Juga, saya ingin memohon maaf andai terkasar bhse, or tercuit hati, terpukul jiwa, ter...err..ter ape lg ekk?? ape pun, mohon maaf lah ye..maafkan tau..you r my fren, hehehe. Hanya Allah yang dapat balas jasa VIPku ini kerana melawat blog yg emmm...yg ape? emm..pandai2 la VIPku menilainye ye..hehe..tQ!! & <3 u all!!