May 20, 2011

CARA-CARA PILIH KAWAN





Kita perlu pilih kawan melalui beberapa aspek penting supaya kawan yang kita pilih tidak membawa kita ke arah kejahatan. Antara aspek yg perlu dipandang dalam memilih kawan ialah :


  •  CARA PENAMPILAN DAN PEMAKAIAN 



~bukan aku suruh korang nilai dia sesuka ati melalui pemakaian..tapi kemungkinan hati budi seseorg itu baik sangat tinggi jika berpakaian baik. Tapi korang kena ingat, zaman sekarang ni ada juga orang pakaian baik tapi hatinya..emm…phm2 jela. So, jgn nilai dari segi pemakaian je, kita tgk aspek  lain pulak.



  •  CARA PERTUTURAN



~hmmm…pastikan korg berkawan dengan orang yg baik pertuturannya. Bahasa yg diorang guna adalah terdiri daripada perkataan yang baik2 je. Juga, nada yg digunakan adalah sopan. Tak perlu tinggi2 kan suara kalau berbual dengan orang. (melainkan kalau orang ad ‘sound trouble’ xpela, tp fikir2 kan la nada yg sesuai).



  •  CARA KAWAL EMOSI


~ha, ni pun penting juga beb. Tgk mcm mna dia kawal emosi. Kalau boleh jauhkanlah kawan yang tak dapat nak kawal emosi dengan baik, marah sesuka hati tanpa berfikir. Bukan ape, takut2 silap haribulan nanti perangai tu terlekat kat korang. Seperti yang kita tahu, semua orang tak suka kene marah. Jadi, fikir2kan lah ye..






  •  CARA KEHIDUPAN SEHARIAN


~kita kan dinasihatkan untuk mengamalkan hidup yang sihat. Janganlah terpengaruh dengan kawan2 yg mengamalkan cara hidup yang kurang baik. Apa maksud aku cara hidup yang kurang baik? Emm..mereka yg merempit, ambik dadah, isap ganja, melepak,merompak, pemalas, mencuri, mengendap anak dara orang dan lain2 yg korg tahu.



  •   JENIS KAWAN2 DIA



~ha..ni pun penting  jugak. Bak kata orang, kawan adalah cermin diri kita sendiri. Err..hehe. Em, jenis2 kawan ni maksudnye, tgok dia kawan dgn sape. Sebagai contoh, kalau dia berkawan dgn geng2 masjid, insyaALLAH dia juga tergolong dlm golongan org yg pergi msjid. Kalau dia bkwn dgn geng2 kelab mlm, insyaALLAH dia juga akan pergi ke kelab mlm atas pujukan rakan2 dia tu. Korang fikir2kan lah ye..










KeSiMpULaN : Bukan nak cakap jangan kawan dengan mereka yg tak elok, korg boleh gak kawan dgn diorang. Tu pun sebab korang nak selamatkan kawan korang drpd terjebak dgn benda2 yg tak elok. Nasihatkan dia. Atau pun, kalau tak mampu nak selamatkan, korg jagalah diri korg sebaik mungkin kalau kawan dgn diorg. Jgn sampai terpengaruh.



KaTa2 aKhiR :
“Seorang Kawan Akan Sentiasa Menyokong Apa Pun Tindakan Yang Kita Buat, Tapi Seorang Sahabat Akan Sentiasa Menyokong Perbuatan Kita Serta Menegur Mana Yang Salah”…sekiannnn…huhu













No comments:

Post a Comment

12 897 orang suka baca cerita aku :

Kepada VIP's Blog CORNER MUSLIMAH yang dihormati,


Aku atau bhs s0pannye.."saya' nak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi melawat and be my follower. Juga, saya ingin memohon maaf andai terkasar bhse, or tercuit hati, terpukul jiwa, ter...err..ter ape lg ekk?? ape pun, mohon maaf lah ye..maafkan tau..you r my fren, hehehe. Hanya Allah yang dapat balas jasa VIPku ini kerana melawat blog yg emmm...yg ape? emm..pandai2 la VIPku menilainye ye..hehe..tQ!! & <3 u all!!