May 30, 2011

CARA NAK HADAPI ORANG YANG TENGAH MARAH

Semua orang tak suka kena marah kan? Kalau dah kena marah,ada yang menangis, merajuk, kena marah balik pun ada. 

Hmm..macam mana nak handle org yang tengah marah nih ek? 

Aku buat kajian sikit2, berdasarkan pengalaman dan ilmu yang penuh di dada..hehe..meh aku share dengan korang...





1) Suruh dia UBAH POSISI.

~misalnya dia marah dalam keadaan berdiri, suruh dia duduk dulu. Kalau dia tengah duduk, suruh dia baring, rehatkan fikiran dulu. Anadai kata, dia marah wajtu dia tengah bawa kereta, korang suruh dia terjun dari kereta..hehe(gurau je..jgn buat pulak!)



2) Bagi dia MINUM AIR. 

~Air sejuk pun ok jugak. Kalau tak ada air free, korang blanja la dia air..mesti dia sejuk terus dapat minum air free. Hahahaha..mana la tahu, tetiba hati dia boleh cair kan?





3) Cari PUNCA KEMARAHAN dia.

~jangan tambah marah dia dengan sokong dia suruh dia mengamuk. Gila! Korang sokonglah dia, bagi dia cadangan ke..ataupun korang tanya soalan yang tak berkaitan dengan kemarahan dia. Supaya dia lupa sekejap tentang marah tu.


4) SENYAP.

~ kalau boleh, jangan tegur masa dia tengah marah atau tengah mengamuk. Bagi dia masa untuk berfikir tentang kemarahan dia tu. Cara ni biasanya sesuai untuk orang yang panas baran.










5) SENYUM.

~korang buatlah senyum kambing korang tu depan dia. sama ada dia akan tersenyum semula atau korang akan di baling dengan kasut..huhu!


         
·         

·        
·         

Tutorial : Macam mana nak tambah follower?

Selamat petang kengkawan!
Ha..tetibe terasa nak kongsi dengan korang petua turun temurun daripada blogger lain. Blogger baru mesti tak tahu macam mana nak tingkatkan bilangan follower dari hari ke hari kan? Kalau tak dapat tingkatkan follower, at least adalah orang singgah ke blog kita..betul tak?


Jom!


Biasanya blogger akan guna konsep.."I follow u, u follow me back". Haa..so, maksudnya korang kenalah rajin berblog walking. Blog walking tu maksudnye, singgah blog orang lain then follow diorang. Tapi bacalah entri diorang yang best2 skali. Emm..kompem diorang akan follow korang balik sebagai tanda terima kasih. 

Tapi..ada satu benda penting yang korang kena tahu sebelum korang sibuk follow blog orang lain.

Follower yang da setting link blog..



Follower yang tak setting link blog..(sori!)

"Hmm..apa beza setting dengan tak setting ni?"

Nak tahu?

Ok..kalau korang settingkan benda ni, blogger lain dapat follow korang balik melalui link blog korang yang dah setting tu.

"Macam mana nak setting? Tolonglah.."

Ok..mula2 sekali ..

DASHBOARD>EDIT PROFILE

Rujuk gambar kat atas ni ye..



Korang TICK kan Share my profile dengan Show sites I follow


Scroll ke bawah sampai bahagian General..korang isikan URL korang..


Dah? Lepas tuh korang klik Save Profile ya.


Nah..hasilnya..

Aku ada link..wink2x!
Kalau tak jadik bagitahu ea? Hehe..

May 29, 2011

Hanya Satu

Korang pernah rasa bila semua perasaan dah bercampur baur? Aduh, payah kan? Betul tak? hehe..ya, mestilah aku tengah bercampur baur, kalau tak aku mesti tak ada idea nak wat entri baru..huhu!


Sedih + gembira + lega + nak nges + excited + x ada mo0d = ?


Korang pernah rasa kan? Aku tahu..hehehe..mcm ahli nujum lak. So,apa jalan penyelesaian untuk semua kira-kira matematik di atas?

Sape tahu sila angkat tangan..laa..ramai sangat yang nak jawab. Takpe lah, biar  aku bagi jawapan..huhu..

Bagi korang yang pernah ada perasaan mcm ni..biasanya mesti pasal cinta kn? tapi bukan aku ea...aku x main la cintan2 nih..uhuk2x..tersedak pulak laki kat uma. Ops!! hehhe..

so..jawapannya..


haa...salah satu pengubat terbaik untuk segala masalh..tapi untuk sementara je..huhu

Garfield ni tido comel je kan?



Janganlah sampai tidur mcm nih..melampau sungguh! huhu..anak sapo lah  ni.



err...no komen!
So, bagi sesape yang ada masalah macam ni..perasaan bercampur baur, pergilah tidur..zZzZz..

May 28, 2011

Saya Sayang Kawan Saya

Hmm..sape yang tak sayang kawan kan? Semua orang sayang kawan..tapi bukan semua kawan sayang kat kita. Eh, ye ke? Merepek tul..huhu!




hahaha..aku tak tahu. aku terasa nak wat entri ni utk semua kawan2 aku..huhu






just for u..



oppppsss!!! hahaha..I don't love my bestfriend..



err..am I in luv my bestfriend?



May 26, 2011

Mo0d = 0

Assalamualaikum...
Maaf korang. Aku cam da tk ada mood lak nak update blog nih.

 Aduih, kenapa ya?

Hmm..mood tak ada..mood tak ada..mood tak ada...

Ada sape2 yang nak support tak? Support supaya dapat update blog nih..kalau tak ada orang support aku  nak tutup je blog nih..huhu


wahai mood datang lah kau kepada beta dengan segera...h0ho!





Adakah  aku dilukai? Ala..kalau ye pun sape yang pedulik kan? Hati oh hati...

May 25, 2011

Hari pertama di Pulai Desaru Beach Resort!

Huahh..aku baru je balik keje.seronok keje..tak penat sangat. makan free..kui3x! Ha..berita baik nih, nak tahu tahu? Partner tempat aku keje ni, seorang yang bisu dan ada masalah pdengran sikit. Tapi kelakar juga..setiap keje yang aku buat, dia akan buat tangan 'Good'..(blushing)! Korang tahu ke aku keje kat mana?



Nama hotel tempat aku  kerja..

Pondok keselamatan hotel..huhu!


Haa..ni lah tempat aku kerja. Pulai Desaru Beach Resort..aku ditugaskan di bahagian Kitchen. Kerja aku potong buah-buahan, potong sayur yang bermacam2 jenis. Huhu..sehingga jari aku terhiris pisau. 3 jari aku terkoyak dek kerana pisau...tapi tak besar pun. Ada satu luka tuh..dah lah terkoyak, lepas tu masa aku potong sayur..hujung mata pisau tu tercucuk kat luka tuh. Peh!!! Berdarah sudah..takpe, sikit je tuh. Hehe..salah aku jugak sebab tak hati2.

Hah, esok aku kena jaga bhgian depan waktu breakfast. huahh..takutnye jumpa orang besar2...huhu!

Takpe, kita tengok jelah esok ye! Aku nak rehatlah..penat! Daa..~~

May 24, 2011

Tutorial : Macam mana nak buat page untuk menu tab?

Hai..hehe..tadi ada blogger baru tanya macam mana nak buat main page, nak edit, and nak letak post kat situ..




Jom, aku bantu korang...

1. DASHBOARD>POSTING>EDIT PAGES




2. Lepas tu..klik New Pages macam gambar kat bawah..


3. Kat Page Title tu, korang tulis lah tajuk page yang korang nak buat..contoh kat bawah ni..


4. Lepas korang tulis tajuk tu, kat dalam page korang tulis lah tajuk2 entri yang korang nak link kan dalam page tuh..(rujuk gambar atas).

5. Lepas tu, korang bukak satu tab lagi untuk paparkan blog korang..tapi ingat..pastikan entri2 yang korang nak linkkan tu da ada atau dah siap..tau! 


Ok, da bukak tab baru untuk blog? 


Ok, sekarang korang copy URL entri yang korang nak link kan tuh..cuba tengok gambar kat bawah ni..







6. Bila korang da copy link tuh..korang pergi semula kat tab pertama tadi, korang highlight kan tajuk entri yang korang dah taip, bukan Title page tau. Lepas tu, klik link. Tengok gambar bawah ni..



7. Dah paste URL tadi..lepas tu..

8. Lepas korang Publish Page, ada keluar soalan "How would you like the Pages gadget to appear?" kan? Ada kan? ha..korang pilih lah korang nak yang mana.

9. SAVE! Jangan tak save pulak..huhu!




Haa...senang tak? Susah sikit, tapi kalau dah biasa senang kot..hehehe
Jadik tak korang buat? Kalau jadik bagitahu aku tau, lau tak jadik boleh tanya, aku pun belajar daripada Blogger lain..huhu! 
Terima kasih kepada beliau..^^

May 22, 2011

Dan Kau Masih Menari-nari

Menari-nari kegirangan
masih tidak kenal dunia
walau pancaroba semakin memakan diri
kau masih menari-nari

bila kau mahu bangun
tidurmu amat lena
masa sudah berbeza
dulu dan kini tiada sama
bangunlah

dunia semakin dimamah usia
kemajuan semakin terserlah
seiring dengan kemerosotan akal manusia

jauh kau ditinggalkan
tapi
masih kau menari-nari
bersama hidupmu
yang tiada erti
bangunlah anak bangsa

dunia semakin tua
berhenti menari 
dan mulalah melangkah

AkU KeLiRu

Hati kecil menyanyi-nyanyi
adakah sedang bergembira?
atau sekadar meyedapkan hati..

lalalalalala..

mulut pula mengikut rentak
jari menari-nari megikut irama
fikiran jauh melayang
melayan hati

dukakah? atau gembirakah?

aku masih melayan
jiwa kosong
fikiran kosong
hati kosong
perasaan?

siapakah yang dapat mentafsir hati ini?
aku keliru..

m0od : bLuR...=.='

Izinkanku Beralah

izinkan aku beralah
izinkan aku mengundur diri
izinkanku melupakanmu
izinkanku menoleh ke belakang
biarlahku pergi dengan hati ini

bukan aku tak perlu
bukan kehendakku
tetapi aku terpaksa
aku bukan wanita jalanan
aku bukan wanita murahan
yang menuntut-nuntut cinta mereka diterima!


walau aku tahu niatmu suci
meskiku tahu murni tujuan
namun
aku hanya wanita biasa
aku manusia biasa
kupunya hati dan jiwa
aku punya perasaan


aku bukan boneka!
aku bukan adikmu!
aku bukan siapa-siapa dalam hidupmu
izinkan aku
melangkah jauh dari hidupmu
izinkan aku
melangkah jauh dari ceritamu


biarkanlah aku
jangan kau halang perjalananku
kau bukan siapa-siapa...
pergilah kau kepadanya
dia lebih berkilau 
izinkanlah aku beralah
untuk kali ini...


m0od : pasrah..

May 21, 2011

Comel sangat ke korang?

Assalamualaikum dan hye..
Hah, ni aku nak komen sikit..ada ke patut...bla..bla..bla..
Korang tengok la dulu gambar2 comey kat bawah ni..



Blewk!!

lalalalalala~~

cover sikit..org tengah tgok ni..

knp kita ada kat sini? comey sgt ke kita ni?

betul3x..

comel x kasut ni?

hehehe..nak jugak comel..

huahh..comel sangat kan? anak sape ek?


aksesori ni comel jugak..kot!

tapi..satu benda yg aku konfius....emm...

Jika jawapan korg...
YA : Perasan!
TIDAK: eley..rendah diri pulak!!

Ha..gini ceritanye..aku terdengar ada org kata.."benda comel2 ni mcm budak2 lah."

Biasanya yg suke comel2 ni perempuan kan??
 (x termasuk aku..)

Untuk pengetahuan korang....yg comel2 tu x semestinya untuk bebudak kecik je. Aduyai..aku pun pelik tul la..

Asal comel je budak kecik..comel je budak kecik..
padahal bukan sume budak kecik tu comel..kan?
haha..(jeles tuh!)

Aku pun sebenarnye x tahu ape yg comel di mata perempuan, aku x lah layan sgt benda comey2 ni..perempuan sangat la!
Gambar kat atas tu saje je aku letak..sebab aku tak tahu yang mana satu comel..hehe!

So, kesimpulannya..bukan sume yg comel utk budak kecik, dan bukan sume pompuan suke comel2 nih..(aku)

Ada bantahan atau sokongan?
Boleh komen..



FAKTOR-FAKTOR TAK FOKUS DALAM KELAS

Ha…sebagai pelajar, aku tahu masalah besar sesetengah pelajar..tak boleh fokus dlm kelas kan?? Kenapa korg tak boleh fokus? Pernah fikir tak? Jom kita selidik….

MENGANTUK
  • Mengantuk merupakan penyakit berjangkit. Pernah perasan tak kalau korang duduk dlm satu kumpulan, bila sorang menguap, yang lain semua akan ikut menguap?
  •  tak cukup tidur
  •  memang ada penyakit cepat ngantuk





PEMAKANAN

  • sebab korang makan makanan berat sebelum pergi kelas..contohnye Nasi Lemak, atau Nasi campur bertambah2. Bila makan makanan berat, perut kita memerlukan banyak ATP (tenaga) untuk mencerna makanan tersebut. Jadi, bila ATP yg buatkan badan kita bertenaga  dah bkurang,  kita akan mengantuk.
  • Makan makanan yang tak berkhasiat. Em..contohnya megi. Megi melambatkan neuron2 otak kita untukberfungsi, bila tak dpt bfungsi dgn baik, kita tak dpt fokus dgn pbelajaran ari tu.





KESIHATAN

  •  ha..tak exercise ea? Sape suruh tak payah exercise? Penting tau! Kenapa penting? Sebab bila korang rajin exercise, badan korang akan bersedia untuk menghadapi keletihan. Maksud aku, korang tak mudah letih la..klau letih kan kita tak boleh fokus. Aku pun student jugak. Hehehe..
  • Kalau sakit, makanlah ubat suspaya korang cepat sembuh. Contohnye kalau kita selsema dan tak makan ubat..dalam kelas asyik bersin je. Mcm mana nak fokus? Betul x? hehe..



GANGGUAN EMOSI

  • Perasaan terlalu gembira pun boleh menyebabkan kita tak fokus. Contoh, kita berjaya dipillih sebagai  Pelajar Terbaik. Disebabkan terlalu gembira, kita asyik memikirkan tentang anugerah tu sampai tak fokus dlm kelas. Betul tak?
  • Perasaan sedih atau murung juga faktor tak fokus. Jiwa kacau la orang kata.


GANGGUAN FIZIKAL

  • Kawan sebelah ajak berbual? Member2 citer masalah dia kat korang? Bantai je member tu..huhu. Bak kata pensyarah kimia aku (Dr. Yiu), bila kita tengah belajar dan kawan kita ajak bbual, kawan kita tu adalah perosak masa depan kita.
  • Main mesej. Tengah belajar sibuk duk main mesej, mcm mana nk fokus dlm kelas? Mesti kita sibuk fikir, lepas ni nak reply ape pulak ek? Tak gitu ke? Aku pun student jugak.



PENGURUSAN JADUAL

  •  Klau kita tak uruskan jadual dengan betul..macam mana nak belajar dengan tenang?
  • Buat to-do list untuk setiap aktiviti korang supaya masa yg korang sepatutnya guna untuk belajar korang tak guna untuk memikirkan aktiviti lain.

ni contoh jela..huhu

May 20, 2011

CARA-CARA PILIH KAWAN





Kita perlu pilih kawan melalui beberapa aspek penting supaya kawan yang kita pilih tidak membawa kita ke arah kejahatan. Antara aspek yg perlu dipandang dalam memilih kawan ialah :


  •  CARA PENAMPILAN DAN PEMAKAIAN 



~bukan aku suruh korang nilai dia sesuka ati melalui pemakaian..tapi kemungkinan hati budi seseorg itu baik sangat tinggi jika berpakaian baik. Tapi korang kena ingat, zaman sekarang ni ada juga orang pakaian baik tapi hatinya..emm…phm2 jela. So, jgn nilai dari segi pemakaian je, kita tgk aspek  lain pulak.



  •  CARA PERTUTURAN



~hmmm…pastikan korg berkawan dengan orang yg baik pertuturannya. Bahasa yg diorang guna adalah terdiri daripada perkataan yang baik2 je. Juga, nada yg digunakan adalah sopan. Tak perlu tinggi2 kan suara kalau berbual dengan orang. (melainkan kalau orang ad ‘sound trouble’ xpela, tp fikir2 kan la nada yg sesuai).



  •  CARA KAWAL EMOSI


~ha, ni pun penting juga beb. Tgk mcm mna dia kawal emosi. Kalau boleh jauhkanlah kawan yang tak dapat nak kawal emosi dengan baik, marah sesuka hati tanpa berfikir. Bukan ape, takut2 silap haribulan nanti perangai tu terlekat kat korang. Seperti yang kita tahu, semua orang tak suka kene marah. Jadi, fikir2kan lah ye..






  •  CARA KEHIDUPAN SEHARIAN


~kita kan dinasihatkan untuk mengamalkan hidup yang sihat. Janganlah terpengaruh dengan kawan2 yg mengamalkan cara hidup yang kurang baik. Apa maksud aku cara hidup yang kurang baik? Emm..mereka yg merempit, ambik dadah, isap ganja, melepak,merompak, pemalas, mencuri, mengendap anak dara orang dan lain2 yg korg tahu.



  •   JENIS KAWAN2 DIA



~ha..ni pun penting  jugak. Bak kata orang, kawan adalah cermin diri kita sendiri. Err..hehe. Em, jenis2 kawan ni maksudnye, tgok dia kawan dgn sape. Sebagai contoh, kalau dia berkawan dgn geng2 masjid, insyaALLAH dia juga tergolong dlm golongan org yg pergi msjid. Kalau dia bkwn dgn geng2 kelab mlm, insyaALLAH dia juga akan pergi ke kelab mlm atas pujukan rakan2 dia tu. Korang fikir2kan lah ye..










KeSiMpULaN : Bukan nak cakap jangan kawan dengan mereka yg tak elok, korg boleh gak kawan dgn diorang. Tu pun sebab korang nak selamatkan kawan korang drpd terjebak dgn benda2 yg tak elok. Nasihatkan dia. Atau pun, kalau tak mampu nak selamatkan, korg jagalah diri korg sebaik mungkin kalau kawan dgn diorg. Jgn sampai terpengaruh.



KaTa2 aKhiR :
“Seorang Kawan Akan Sentiasa Menyokong Apa Pun Tindakan Yang Kita Buat, Tapi Seorang Sahabat Akan Sentiasa Menyokong Perbuatan Kita Serta Menegur Mana Yang Salah”…sekiannnn…huhu













May 19, 2011

HUJAN

Korang tahu proses pembentukan hujan? Aku tahu ramai yg dah belajar dari sekolah rendah lagi..cuma ingat dengan tak ingat je. Okey, jom kita tengok persamaan proses hujan yg ditemui para saintis dan proses hujan yang diterangkan dalam ayat Al-Quran.


PENEMUAN PARA SAINTIS :



Air-air tersebut umumnya mengalami proses penguapan atau evaporasi akibat adanya bantuan panas matahari. Air yang menguap bergerak ke udara dan akhirnya terus bergerak menuju langit yang tinggi bersama wap-wap air yang lain. Di langit yang tinggi wap tersebut mengalami proses pemadatan atau kondensasi sehingga membentuk awan. Dengan bantuan angin awan-awan tersebut dapat bergerak-gerak seperti yang kita selalu lihat.
Akibat angin atau udara yang bergerak pula awan-awan saling bertemu dan membesar menuju langit / atmosfera bumi yang suhunya rendah atau dingin dan akhirnya membentuk butiran ais dan air. Kerana berat dan tidak mampu ditanggung angin akhirnya butiran-butiran air atau ais tersebut jatuh ke permukaan bumi (proses presipitasi). Disebabkan semakin rendah suhu udara semakin tinggi maka ais atau salju yang terbentuk mencair menjadi air, namun jika suhunya sangat rendah maka akan turun tetap sebagai salju.
Nah, jom kaji Al-Quran pula...
AL-QURAN :
Pembentukan hujan berlangsung dalam tiga tahap. Pertama, "bahan baku" hujan naik ke udara, lalu awan terbentuk. Akhirnya, curahan hujan terlihat.


Tahap-tahap ini ditetapkan dengan jelas dalam Al-Qur’an berabad-abad yang lalu, yang memberikan informasi yang tepat mengenai pembentukan hujan,


1) "Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira" (Al Qur'an, 30:48)

2) "Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan." (Surah An-Nuur : 43)

Kepada VIP's Blog CORNER MUSLIMAH yang dihormati,


Aku atau bhs s0pannye.."saya' nak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi melawat and be my follower. Juga, saya ingin memohon maaf andai terkasar bhse, or tercuit hati, terpukul jiwa, ter...err..ter ape lg ekk?? ape pun, mohon maaf lah ye..maafkan tau..you r my fren, hehehe. Hanya Allah yang dapat balas jasa VIPku ini kerana melawat blog yg emmm...yg ape? emm..pandai2 la VIPku menilainye ye..hehe..tQ!! & <3 u all!!