April 28, 2011

DIARI 1

Masa aku tengah study untuk paper public speaking..tiba2 aku teringat kat diari yang aku pernah tulis masa mula2 aku jd student degree kat upmkb nih. Lucu kot..hahaha! Jom baca..


ISNIN (12 JULAI 2010)

Hari ni first kuliah aku bangun lambat. Nasib baik da gosok baju. Kelas kul 8pagi, aku bangun kul 7.30 pagi. Amacam?? Berani tak aku? Hehe..padahal macam nak nangis da. Aku xsuka bangun lambat, rushing. Aku g kelas hujan pulak. Tumpang payung dengan budak tu. Ingat kan dak diploma, rupanya dak master. Gilek r! haha..indian. Okey jugak..baik taw. huhu...Kuliah pertama macam ngantok..tapi ley cover lagi. Huhuhu...

April 23, 2011

KEROPOK LEKOR DAN MAKCIK

Lucu sungguh! haha..kalau hari-hari makan keropok lekor, hari-hari lah nak bagitahu aku yang dia makan keropok lekor. Tapi takpe lah, aku xkisah pun..lagi 2 minggu aku balik. Nanti aku bantai keropok lekor hari-hari walaupuun kay Johor aku masih belum jumpa lagi keropok lekor black papper. huhu...antara mesej2 yang aku ingat..

"tengah makan keropok lekor dan laksam.."
"lepas solat jumaat makan keropok lekor.."
"alas perot dengan keropok lekor sebelum pergi solat jumaat.."

Sounds funny, right? But never mind. (laugh)

Lepas tu dia cerita kat aku pulak..

Makcik2 kat kampung cari dia sebab da lama x pergi masjid. Memang muka masjid pun, kan? Tapi bila dia da lama x pergi, makcik2 tu sibuk tanya kat mak dia, tanya kat ayah dia..mana si fulan, lama x datang masjid. So, dia pun pergilah masjid setelah menyedari dirinya sudah lama tidak pergi ke masjid. 

(Tapi aku tahu niat dia pergi masjid sebab Allah, bukan sebab makcik2 tu cari atau nak tunjuk makcik2 tu yang dia baik..)

Huhu..hadir majlis kenduri jiran..sume tanya pasal dia. Ini ke akak si fulan, si fulan yang pakai jubah hijau tu  ke? Ni mak si fulan ke...bla...bla...bla..(kur2x)

(smile)

Hmm..manisnya kalau semua orang kenal kita sebab akhlak yang baik (macam si fulan), sebab kebaikan. Tapi pahitnya terasa kalau orang kenal kita sebab akhlak yang buruk...kan??





April 20, 2011

Oh, Zulaikha!

Susah betul nak nasihat orang..sebab kadang-kadang benda tu kena kat diri sendiri. Aku bukan bagus sangat pun. Tapi aku ada juga usaha untuk jadi bagus. Emm..kalau rasa tak nak terima nasihat orang, jangan nak hentam orang lak kn? At least cuba la fikir berul ke apa yang orang nasihat kat kita tu. Kadang-kadang kita terlepas pandang sume tu. Untung adanya sahabat, dia boleh tegur kita salah. 

Itu termasuklah adik-beradik kandung aku sendiri. Bukan aku je, sume orang sama je. Mesti ada masalah dalam keluarga. Cume yang berbeza adalah cara kita hadapi masalah tu. 

Minggu depan (25 April 2011) adalah paper pertama aku. Masalah kat kepala bertimbun-timbun. Markah test pun teruk. Bukan nak mengeluh..cuma aku cuba untuk memikirkan jalan yang terbaik untuk memperbaiki diri sendiri. Doakan aku ye..

April 19, 2011

FINAL EXAM IS JUST AROUND THE CORNER!!

tolong!! huhu..
banyak lagi tak study ni..
dengan presentation ladang lagi yang mengganggu study week aku..
at0i!

7 paper..
banyak kan?
chaiyok zulaikha..ko boleh buat..
masih ada harapan lagi..

harapan..
harapan..
huhu

Kepada VIP's Blog CORNER MUSLIMAH yang dihormati,


Aku atau bhs s0pannye.."saya' nak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi melawat and be my follower. Juga, saya ingin memohon maaf andai terkasar bhse, or tercuit hati, terpukul jiwa, ter...err..ter ape lg ekk?? ape pun, mohon maaf lah ye..maafkan tau..you r my fren, hehehe. Hanya Allah yang dapat balas jasa VIPku ini kerana melawat blog yg emmm...yg ape? emm..pandai2 la VIPku menilainye ye..hehe..tQ!! & <3 u all!!