November 10, 2011

Si Perempuan Perasan Comel!

Assalamu'alaikum..aiyookkk! 
Hah, org kata "muda sgt ko kahwin!"
haishh..gano nih?
Jom kita fikirkan...jeng...


"Remaja sekarang menjadi masalah besar kepada negara kerana terlalu banyak masalah sosial yang telah dilaporkan. Terkini, seorang bayi perempuan telah ditemui mati di dalam tandas awam akibat kesejukan. Bayi yang ditemui masih bertali pusat dan hanya diselimuti dengan menggunakan kain batik.-BERITA BERNAMA


Haaa..tu dia...
Sape punya tanggungjawab tu?
Haishh...
Kesian bayi comel tu..


MOOD : SERIUS


(perempuan perasan comel)
Ada ke patut? 
Tu la..mak kata belajar betul2..ko main2..
abah kata jgn bercinta
ko main cinta
Allah dah warning awal2 lagi..
"Janganlah kamu mendekati zina.."

kan dah buncit perutnya...haishhh...
malu weyh!


(abg perempuan perasan comel)
apa? tak puas hati?
Haa..ko kan ada kuasa sebagai abang..
Kenapa ko x ajar adik ko adab Islam?
jgn nk menyesal skrg..
x payah lah nak nangis
burok!


(sedara perempuan perasan comel)
Ada ke patut?
Tu la..masa ko terserempak dgn dia, ko xnk tegur dia
Sibuk ngumpat dia berdating tepi longkang
ko kan sedara seislam dia..
haishh...
kenapa ko x tegur?
tanggungjawab!
Ha...lepas tu, x ngaku sedara dah..
adoyai!


(kawan-kawan perempuan perasan comel)
Sahabat sejati konon!
Dah jadi mcm ni, korg larikn diri..
Tak ngaku sahabat
putus sahabat
uhuk!
knpe tak tegur awal2 masa dia mula bercinta..
sebab ko pun bercinta!
(kes salah pilih kawan, mcm ni lah jadinya)




(bayi yang comel)
tak sabar nak tengok dunia luar!
yeay! mesti mummy seronok dapat saya
mesti mummy x sabar nk cubit pipi saya
mesti mummy nak bawak saya jalan2 dengan papa
naik roller coaster..
pegi cameron highlands
jalan2 kat tepi pantai
kasut baru!
yeay!
sabar...sabar...huhuhu
.........................
mummy! isk3x!
knape busuk sangat ni?
mummy, baby sejuk ni..
mana mummy nih? 
isk3x!
jom la kita balik mummy..papa..
busuk la...baby sejuk ni...nak selimut..
mummy..isk3x! mummy!
papa..papa...
mummy! mumm....




MOOD : ='(


Tanggungjawab bersama..jauhi couple..jauhi zina..
isk!

















October 05, 2011

Kau puncanya!

Hmm...banyak benda klau nk bincang pasal perempuan ni
Kalau boleh dari hujung rambut ke hujung kuku ibu jari kaki nak di komen
itulah wanita
payah
serba serbi kena jaga
susah sangat ke?

huh! bab tudung sekarang berfesyen..
takpelah, bertudung just untuk tutup rambut je
leher dan dada bukak sikit je
ala sikit je pun
tak adalah seksi sangat
(baik tak payah pakai tudung sis! tudung untuk menutup aurat, bukan untuk menutup rambut!)

laa...apa kes? baju ketat beb..
eh, taklah..longgar sikit ni..
ok pe, aku pakai lengan penjang
kira tutup aurat lah juga
(baik tak payah pakai baju, baju untuk menutup aurat, bukan untuk membalut aurat!)

ish3x..tak sanggup der
kain terbelah sampai peha
mana boleh tahan
seluar ketat sikit, lau pakai seluar besar nanti orang kata gemuk lak
ala, bukannya seluar pendek pun..aku pakai seluar panjang..kira tutup lah tu
emm..kain terbelah sampai peha ye?
ala time jalan boleh cover lagi peha
takdelah nampak sgt, paling kurang pun nampak betis
betis putih tak pe tunjuk kat orang
kalau betis bertompok2, better tutup lah ye..
(sape aja? baik ko pakai skirt mcam non-muslim..ko ingat nafsu lelaki mudah dibela ke?)

perghhh!! 
suara sedap giler
terpekik terlolong menyanyi lagu dengan suara mcm buluh perindu
buluh perindu pun kalah der
hahahahahaha
cube suruh baca al fatihah
gulp!

hahahaha! korang yang menjadikan korang sekarang.
faham?
kononnya...
perempuan takut keluar rumah, takut jadi mangsa rogol
perempuan takut naik bas, takut kena raba
perempuan takut kena culik
takut kena bunuh..
blah lah!!
ko pakai seksi-seksi, terbelah sana sini
jarang atas bawah
tak cukup kain kiri kanan
ko x layak nak bicara tentang ketakutan
disebabkan KAU, kanak2 yang jadi mangsa rogol
disebabkan Kau, makcik2 jadik mangsa rogol
kanak2 kena culik, dipotong setiap bahagian badannya
tangan
kaki
mulut
kemaluan
hah, nape? sedih?
KAU puncanya! 
tak payah tuding jari kat orang lain
KAU! ye KAU!

KAU puncanya!





Itu semua hati manusia..

Hati manusia ni kita tak boleh nak duga kan? kadang-kadang dia kata A, rupanya dalam nak B. kadang-kadang semua tu sekadar nak jaga hati sesama kita. Aku bukanlah manusia sempurna yang boleh jaga  hati semua org. 

"Bukan senang nak puaskan hati semua org, dan kita sendiri tak dapat nak berpuas hati dengan semua orang."


Walaupun aku cuba untuk puaskan hati orang lain, tapi ada juga yang tak berpuas hati..takpa...

mood : sedih bila susah nak bekerjasama dalam satu kumpulan..

September 16, 2011

INVISIBLE

Assalamu'alaikum..tenang je bunyi nye. padahal dalam hati berkecamuk, argghh! ni dah kira salah faham ni. nak terangkan keadaan sebenar pun, dah terlambat. lantaklah..ahhh!

macam mana ek? nak tahu ke korang? boleh je aku cerita, tapi aku takut lak kalau ada yang terasa. hahahaha..benci kau! hhehehehehehe..aduyai, jiwa kacau tul, hati berkecamuk, fikiran serabut..Allahu akhbar.

semoga Allah menutup aibku...

aku nak jadi halimunan bley? serabut tul..

August 19, 2011

Dah nama pun manusia!

Aiyo..geram tul. Makin tamak lak budak tuh..patutla dia cakap muka aku muka senang dibuli, senang dipijak. Dia pun pijak aku..ceh!

Takpe2..ada ubi ada batas, ada hari Allah balas..

Kita buat kerja sama2, aku ot nak tolong dia, aku tak kisah pun dia tak tolong aku...adeh, komisien aku pon nak rembat ke? bukan ke komisien ko banyak. Makin tamak lak jadinya.

sabor2x..


July 31, 2011

Ramadhan Kembali Lagi

Hari ini yang bertarikh 1 Ramadhan
Aku menghitung detik
Aku mengira saat
Dan aku terheret ke memori lalu
Pelbagai warna
Kelam dan suram
Cerah dan cantik
Tapi…yang mana menguasai kehidupanku?
Gelap atau cerah?
Tenang atau resah?
Satu persatu kenangan itu kuselak
Perlahan-lahan memori itu kuimbas
Istighfar terucap berkali-kali
Diselangi Tasmid berulang-ulang
Semoga Ramadhan kali ini
Lebih terisi daripada yang lalu
Lebih menginsafi diri
Air mata ini tetap bertitisan
Mengalir ke pipi menjadi saksi
KeredhaanMu aku harapkan
Pelindung daripada azabMu
Penolong ke Firdausi hakiki
Dan air mata ini terus mengalir
Terasa kerdil dan insaf
Semoga taubatku diterima Ya Robbi..

HASIL NUKILAN : ZULAIKHA BINTI KAMAL

Hari Ini Bertarikh 1 Ramadhan

Assalamu'alaikum. Hari ini 1 Ramadhan, tak senang hati tanpa pengisian ilmu di hati. Ika nak kongsi 2 baris ayat daripada Al-Qur'an Al-Karim iaitu...


"Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad : 7)


 dan sebaris lagi...


"Dan orang yang mendapat petunjuk, Allah akan menambah petunjuk kepada mereka dan menganugerahkan ketakwaan kepada mereka." (Muhammad : 17)

Jom hayati bersama...^^, Selamat Beramal!

Silent Sunday


Salam Ramadhan Al-Mubarak

July 26, 2011

AKU RINDU RAMADHAN

Tika ku sepi sendiri
Jari mengira-ngira detik yang berlalu
Syaaban kian menutup tirai
Ramadhan semakin hamper
Aku rindu detik itu

Saat ramadhan tiba
Disambut penuh syukur dan sabar
Ketabahan diri semakin terdidik
Nafsu membara kian terpadam
Iman semakin tebal

Ya Robbi
Setiap detik dalam Ramadhan
Bibir tak kering dengan zikirMu
Fikiran tak melayang daripada memgingatiMu
Tiada perkataan tanpa pujian untukMu

Dalam muhasabah diri
Lekas terucap istighfar dibibir
Atas dosa-dosa lalu
Semoga terhapus dalam barakah Ramadhan
Hati ini semakin rindu Ramadhan


HASIL NUKILAN : ZULAIKHA BINTI KAMAL

July 25, 2011

Terima Kasih Ya Robbi

Kadang-kadang rencanaMu
Membuatkanku sedikit resah
Seribu hikmah Kau selitkan
Dalam setiap musibah dan ujian yang menimpa

Kadang-kadang aku terasa
Hidup ini penuh dengan teka-teki
Jawapannya sentiasa betul
Jika dijawab
Dengan penuh kesabaran dan ketakwaan

Kadang-kadang aku terjatuh
Kau uji sabarku
Kau uji imanku
Dan kesabaran itu semakin menebal
Semakin kukuh
Seiring dengan iman
Keranaku tahu
UjianMu, setaraf dengan kemampuanku

Ya Robbi,
Tikaku keseorangan
Kau peneman setia
Saatku dalam kesibukan
Kau peliharaku daripada kejahatan
Waktu kesedihan bertapa di hati
Kau mendengar dengan teliti
Sungguh agung kasihMu
Sungguh A’zim sayangMu
Sungguh kerdil terasa
Walau tidaklah seberapa yang kubalas
Namun Kau tetap memberi yang terbaik
Terima kasih Ya Robbi

9:24 pm
25hb Julai 2011
HASIL NUKILAN : ZULAIKHA BINTI KAMAL

Bukit Gambang Water Park

 Assalamualaikum..lama dah tak update blog kan? Aku baru balik bercuti, bercuti kat Pahang je. Tapi best jugak lah walaupun tak berapa best. hahaha..cube teka aku bercuti kat area mana? Huhuhu..


Yeah! Bukit Gambang Water Park! Hahaha.. sebelum sampai ke hotel, kitorang jalan-jalan kat Teluk Cempedak. Makaih, jernih betul air lautnye..





Jernihkan? kan? lepas aku biarkan adik2 aku main air, aku ajak diorang balik kat bas. Kang terlambat naik bas, kena tinggal pulak.

Sepanjang perjalanan....








Bila sudah sampai, hati menyanyi riang, penat w0oooo!! Tak sbar nak jumpe katil..

Err..perempuan berbaju hijau tu bukan aku atau mak aku. Cuma dia saja je nak posing kat situ..hehe!



Ada banner kitorang tergantung kat lobi..hehe!




Mandi manda di kolam..






Ni semua gelagat adik2 aku yang dapat mandi kolam. Tak boleh masukkan banyak2, sebab aku jeles (tak dapat mandi..=P )

Masa untuk pulang..adik aku bawak kereta..lalalalala~~







July 11, 2011

Follower ke 100

Assalamualaikum..ini kisah follower aku yg ke 100..uhuk3x!








Tahniah kepada Arifah Ariffin yang menjadi follower ke 100 aku! Hehee..hadiah? Huh!






Klik untuk singgah di blog beliau, kemudian balik semula ke blog ini ye..hahaha!





Salah satu entri beliau yang membuatkan aku terifkir sejenak, dah lama aku cari jawapan kepada soalan "Macam mana nak jadi orang baik?"..heheee...

Sahabat bertanya Rasulullah SAW :
" SIAPAKAH YG MENJADI SAHABAT YG PALING BAIK BAGI KAMI ? "
>> Seseorang yg apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah SWT.
>> Apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah..
>> Dan apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kepada kehidupan akhirat.



Tahniah sekali lagi ye Puan..err..Cik..err...tahniah ye!

July 07, 2011

Menjadi Wanita paling Bahagia?

Assalamualaikum..

Baru-baru ni aku pergi melawat kawan aku sakit..kat Hospital Sultan Ismail. Dan post ni bukan aku nak cerita pasal dia yang baru lepas eksiden, patah kaki kanan (dah cerita ponnn...=.=')

Emmm..kecian kan? Ayah dia meninggal masa perjalanan ke hospital kalau tak silap aku..(alfatihah)

Back to the topic!

Lepas balik drpda melawat member aku tuh, kitorang berlima (member tempat keje) pergi shopping...(p/s : jgn bgtahu kawan aku yang sakit tau!) haha. Ambil kesempatanlah kan?

Jalan punya jalan..jumpa lah satu kedai buku..yang ada jual banyaakkkkkk buku...hehehe


Buku yang menarik perhatian aku...huk3x!
Aku belilah buku ni..hehehehe..ada promotion, so mestilah beli. (Tak nak bgtahu aku beli kat mana, korang cari kat JB)..hehehehehe

Aku dengan penuh yakin melangkah kekaunter pembayaran untuk membayar lah..

Tiba-tiba member aku tegur..

"Ika beli buku apa?"

Dengan penuh rasa rendah diri, aku pun membaling menunjukkan buku tersebut kepada member aku yang pakai tudung free hair tuh..

"Pergh...dalam hati ada taman!"

Ceh! Dia ingat dia kat dalam rumah ke nak cakap kuat-kuat. Orang ramai mula memandang kawan aku aku dengan pandangan sinis. Mak aku aku pun blushing...

Dengan penuh sedikit keyakinan aku pergilah membayar setelah berkata..

"(speechless) (=.=')"



Sekadar gambar hiasan

July 04, 2011

Untukmu Kekasih

Kian aku  berteman
Kian hari semakin terhitung
Kian hutang pada Allah semakin bertimbun
Hutang masa
Hutang alpa
Andai aku bisa rencanakan hidupku sendiri
Tidak sekali kubenarkan dia menyelam dalam cerita hidupku
Namun aku hanya punya kuasa untuk merancang rencana

Kekasih, andai dirimu terkilas pada puisi hati ini
Usah kau fikirkan tentangku lagi
Kerana diari cintaku tertutup rapi kerana Dia
Maafkan aku..
Aku tidak bersedia





HASIL NUKILAN : ZULAIKHA BT KAMAL

July 02, 2011

Mencari Identiti Sendiri..

Assalamualaikum...



Ana Zulaikha binti Kamal
Ana sedang mencari identiti sendiri dalam dunia yang penuh warna warni
Sedang mencungkil identiti dalam menuju jalan mardhotillah
Doakan ana istiqomah..

June 29, 2011

SEKADAR RENUNGAN

ALLAH SWT berkata kepada iblis laknatullah :
"Utusanmu tukang tenung,
kitabmu perangai buruk,
hadismu bohong,
Qur'an-mu syair,
tukang azanmu seruling,
masjidmu pasar,
rumahmu adlah tandas,
makananmu sesuatu yang tidak disertakan namaKu,
minumanmu yang memabukkan
dan 
perangkapmu adalah perempuan." 

SEKADAR INGATAN

wHeN u HaVe DiFfIcULTiEs In YoUr ExAm,

dUN sAy, " oH MY GOD, i HaVe a BiG pRobLem!"

BuT...

sAy DiS.." Hi PrObLeM, I hAvE a BiG GOD!"

" ALLAHU AKHBAR!

study while thinking of ALLAH is the key of succesful!
 

SEKADAR SINDIRAN

Tahu tak apa itu KESETIAAN? 
Masih bersama buku walaupun bersama buku.. 

Tahu tak apa itu KEBAHAGIAAN? Bergolek-golek atas katil bersama buku.. 

Tahu tak apa itu KESUNGGUHAN? Stay up sepanjang malam bersama buku walaupun 
pada malam-malam 'terakhir'.. 

Tahu tak apa itu PENGORBANAN? Melepaskan buku pada waktu paling genting.. 

Tahu tak apa itu KEBERANIAN? Masuk ke dewan peperiksaan tanpa persiapan yang 
cukup..( tak habis baca buku..huhu ) 

June 21, 2011

Hanya untukmu


aku masih aku
dan aku ialah aku
aku manusia biasa
punya nafsu dan akal
punya hati dan perasaan

aku tak perlukan kau untuk waktu ini
aku tak perlukan kau untuk tika ini
aku tak perlukan cinta palsu untuk saat ini
aku perlu diriku dan Dia
biarlah aku mencari redhaNya
sebelum aku bersamamu
biarlah aku mencari cintaNya
sebelum kau peroleh cintaku

cintaiku hanya kerana kau mencintaiNya
sayangiku hanya kerana kau menyayangiNya
jangan kau lebihkan cinta dan sayangmu
untuk makhluknya
biarlah dua per tiga sayang dan cintamu
hanya untuk Dia

wahai insan yang bakal bergelar suamiku
kuutuskan puisi hati ini
hanya untuk peringatan aku dan kau
moga kau tabah menempuh segala rintangan nafsumu
kuatkanlah hatimu untuk menemui cintaNya
dan aku
menunggumu di penghujung jalan

aku masih aku
tiada yang berubah melainkan untukNya
hanya untukmu jua



Hasil nukilan : Zulaikha binti Kamal 

June 19, 2011

Akak ada duit..

Assalamualaikum..
Heee..comel3x!
Hari ni makan kopok lekor kegemaranku..beli kat pasar malamlah beb...keh3x!

Sebelum pergi pasar malam,ayah aku suruh adik kembar aku tulis kat kertas apa yang diorang nak beli.



Akak :

~burger
~kebab
  ~kentang
  ~popcorn
  ~air soya

Adik :

~kebab
~burger
            ~kentang goreng
 ~popcorn
 ~air milo

Ewahhh..bukan main lagi budak2 kecik nih. Ceh (=.=')!

Bila ditanya, akak ada duit ke nak beli sume nih..

"Ada."

Berapa ringgit akak ada?

"Akak ada duit..RM1.60.."

Mulalah berdekah2 ketawa..hahahahaha=D!

relax..co0l, jangan buat akak bengang..keh3x!

"Mana cukup kak duit ni nak beli semua tu.."

" Ok..takpalah, akak beli kebab je.." Muka akak masih mengharap..huk3x!

"Kebab Rm2.50 la kak..akak baru ada RM1.60.."

Lex luuu...

Lepas kitorang pun pergilah pasar malam tuh..memula sekali mak belikan mee rebus untuk ayahanda ku..keh3x.

Tibe2 akak nak bagi kertas senarai makanan yang dia nak beli tu kat makcik yang jual mee rebus..

Haahahahaha!

Mestilah terkejut beb..tergelak kang makcik tu, nasib baik aku sempat halang.

 Untuk sedapkan hati akak dan adik, aku pun belanjalah diorang burger daging sorang sebijik..keh3x!


June 15, 2011

Aku kini lebih menghargai...

Assalamualaikum...setelah sebulan aku bekerja partime di Pulai Desaru Beach Resort, aku belajar untuk menghargai apa yang aku ada dan tidak mengejar apa yang tidak kumiliki. 

Betapa peritnya dunia pekerjaan di luar sana. Baru aku faham...mereka yang tak berapa baik dalam akademik akan dikerah tenaganya, dan mereka yang agak baik dalam akademik diminta menggunakan akal semasa bekerja...

Dan aku tak mahu selamanya bekerja sebagai Kitchen Helper di hotel tuh. Aku lebih selesa menggunakan akal..I want to be a researcher..insyaALLAH..



vs.



Best jugak jadik Kitchen Helper..boleh blajar masak..terdidik dengan disiplin kat dapur.

Senang sikit kalau da belajar masak nanti nakkahwin,tak payah sibuk2 baru belajar. Betul tak?

Hee...bersyukur dengan apa yang kita ada tau..daaa~

Excited vs. Diri sendiri?

Assalamualaikum..excited? Excited sangat2x. Ish, kenapa pulak excited nih? Aku pun tak  tahu..huhu..




Excited! Finally, I found myself!
Aku dah tahu siapa aku, aku dah tahu jalan yang sepatutnya aku lalui, aku dah tahu apa yang perlu aku buat, dan aku dah tahu apa yang akan aku dapat. Excited sangat2x! 




Setelah menemui siapa diriku yang sebenar,aku semakin merindui mereka. Geng Usrah UPMKB..bilalah dapat jumpa diorang lagi..semoga semangat Usrah masih membara..


Excited setelah menenui diri sendiri dan merindui Usrah, apakah kaitannya? Jawablah sendiri..heee

June 12, 2011

Surat cinta buat pemilik cintaku

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..aku terasa tenang. Hatiku cukup tenang dengan kehadiran Kau. Alangkah ruginya aku kerana menjauhkan diriku dari Kau. Masih ingatkah waktu aku dan Kau mula-mula kenal dulu. Aku begitu senang dengan kehadiran Kau dulu. Kau selalu temankan ke mana jua aku pergi. Pergi sekolah, pergi kedai, sidai baju, main kejar-kejar dengan kawan-kawan pun Kau masih temani aku. Kau masih jaga aku. Untuk itu, terima kasih aku ucapkan untuk Kau.


Masa kecil-kecil dulu, aku dan Kau kerap luangkan masa bersama. Tiap-tiap malam selepas solat Maghrib, kita selalu baca buku ‘cerita’ sama-sama sementara menunggu waktu Isyak. Sebelum tidur, bangun pagi aku sebut nama Kau, nak makan sebut nama Kau, nak belajar pun aku sebut-sebut nama Kau...angau betul masa tu. Mak dan abah juga selalu menyebut-nyebut namamu..pandai betul Kau mengambil  hati mereka. Aku tahu Kau selalu teringatkan aku. Ustazah selalu pesan, jangan abaikan Kau kerana Kau tak pernah abaikan aku. Tapi, aku selalu tak endahkan nasihat dan peringatan ustazah aku. Akibatnya, aku selalu jauhkan diri dengan Kau. Tapi Kau masih menjaga aku.


Bila dah masuk alam sekolah menengah, aku mula lupakan Kau. Mula cari kehidupan sendiri tanpa kehadiran Kau. Banyak dugaan yang terpaksa kutempuhi…dan tika itu aku teringatkan Kau. Saat teringatkan Kau, pasti air jernih ini menitis taubat. Bertahun-tahun lamanya aku meninggalkan Kau, baruku tahu bahawa Kau tetap mengambil berat tentang diriku. Kau selalu memastikan aku kuat untuk menghadapi dugaan-dugaan tersebut. Tidak kusangka, Kau masih menunggu aku. Alangkah baiknya Kau terhadapku!


Masuk ke alam menara gading, Kau memperkenalkan kepadaku dengan beberapa orang sahabat. Sahabat-sahabatku sangat suka berkawan dengan Kau sehingga menimbulkan cemburu dihati. Namunku tahu, Kau masih mengasihi diri ini. Dan aku sedari, Kau juga mengasihi mereka. Tapi, aku hairan. Kasih sayang yang Kau curahkan kepada aku dan sahabat-sahabatku sangat adil sehingga aku tidak pernah rasa tersisih. Alhamdulillah!


Sepanjang tempoh pengajianku, aku bersama sahabat-sahabatku sering mencari kesempatan waktu untuk bersama-sama. Kadang-kadang aku dan mereka berjalan-jalan di pantai, kadang-kadang pergi taman negara, kadang-kadang meredah hutan. Dan tika itu, pasti aku dan mereka teringatkan Kau dalam menghayati alam semulajadi ini. Aku dan mereka juga sering mengadakan perjumpaan, hanya untuk menyebut namaMu, menceritakan perihalMu yang sangat indah. Sahabat-sahabatku sungguh bijak meluangkan masa bersama Kau, dan aku turut terasa sekali. Subhanallah!


Masa cuti semester sangat panjang. Dan aku rasa sangat rugi jika tidak bersama Kau seperti dulu. Mesra. Bagai orang yang sedang yang bercinta…dan memang pun! Aku semakin aktif mencari cerita-cerita tentangMu di internet dan buku-buku ‘cerita’. Dan buku ‘cerita’ yang dulu masihku amalkan kerana cintaku padaMu. Ada ketenangan disebalik buku 'cerita' itu sayang..aku selalu teringatkan Kau. Rindunya!


Tak sabar nak bertemu denganMu, sayang. Aku nak bawa keluargaku semua bertemu denganMu. Aku nak ajak sahabat-sahabatku semua untuk mengenali dan berkawan denganMu. Tiada lagi cemburu dihati kerana aku tahu Kau begitu sayang padaku. Aku nak adik-adikku semua merasakan kasih sayang Kau, aku nak orang tuaku rasakan kasih sayang Kau. Dan aku tahu Kau tak pernah menghampakan aku. Sebab tu aku sayang sangat-sangat pada Kau.


Dan kini aku lebih senang bersendirian..membersihkan hatiku dengan nama Kau, mengisi ilmuku dengan perihal Kau, 'cerita-cerita' tentang Kau. Aku lebih senang untuk bermuhasabah sendiri..aku lebih tenang dalam memikirkan Kau daripada memikirkan dunia. Dan air mata menjadi saksi.


"Wahai pemilik cintaku..insyaALLAH, Kau kuatkanlah semangatku dalam menghadapi dugaan, Kau kekalkanlah aku di jalan yang diredhai. Kau permudahkanlah urusan dunia akhiratku dalam mencari redhaMu. Kau rahmatilah ahli keluargaku, rahmatilah sahabat-sahabatku dan seluruh umat manusia dalam menjalankan tanggunggjawab sebagai khalifahMu. Kurniakanlah dan kekalkanlah hidayahMu kepada sahabat-sahabat yang aku sayang. Ya Allah, sesungguhnya aku hambaMu yang kerdil lagi hina..ampunilah aku. Sesungguhnya Kau Maha Penyayang dan Maha Adil. "


P/S : Warkah ini ditulis oleh Zulaikha binti Kamal khas untuk pemilik cintanya yang agung. Terima kasih kepada hamba Allah yang mencadangkan untuk membaca buku Pemilik cintaku setelah ALLAH dan Rasul. Warkah ini tercetus setelah membaca buku ini...alhamdulillah..


Kepada VIP's Blog CORNER MUSLIMAH yang dihormati,


Aku atau bhs s0pannye.."saya' nak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi melawat and be my follower. Juga, saya ingin memohon maaf andai terkasar bhse, or tercuit hati, terpukul jiwa, ter...err..ter ape lg ekk?? ape pun, mohon maaf lah ye..maafkan tau..you r my fren, hehehe. Hanya Allah yang dapat balas jasa VIPku ini kerana melawat blog yg emmm...yg ape? emm..pandai2 la VIPku menilainye ye..hehe..tQ!! & <3 u all!!