October 27, 2010

MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH SWT

Diceritakan:
Ada seorang lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk sesuatu kepeluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di kampung yang sunyi ketika orang-orang sudah tidur, lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu menyahut,"Lihatlah apakah orang-orang telah tidur semuanya?" Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilimgi kawasan itu dan melihat-lihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata, "Benar semua orang telah tidur." Lalu wanita itu bertanya, " Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga tidur?"

Lelaki tersebut menjawab, " Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur." Wanita itu lalu berkata lagi, " Ssesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak ditakuti." Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seseorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, " Apakah yang dilakukan oleh Allah kepadamu?" Lelaki itu menjawab, " Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu."

No comments:

Post a Comment

12 897 orang suka baca cerita aku :

Kepada VIP's Blog CORNER MUSLIMAH yang dihormati,


Aku atau bhs s0pannye.."saya' nak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi melawat and be my follower. Juga, saya ingin memohon maaf andai terkasar bhse, or tercuit hati, terpukul jiwa, ter...err..ter ape lg ekk?? ape pun, mohon maaf lah ye..maafkan tau..you r my fren, hehehe. Hanya Allah yang dapat balas jasa VIPku ini kerana melawat blog yg emmm...yg ape? emm..pandai2 la VIPku menilainye ye..hehe..tQ!! & <3 u all!!