October 27, 2010

KEUTAMAAN MASJID

Allah Azza Wa Jalla berfirman:
"Hanyalah yg meramaikan (memakmurkan) masjid itu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir." (Q. S. At-Taubah:18)

Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa mendirikan masjid walaupun seperti sangkar burung, Allah mendirikan untuknya mahligai di Syurga."

Baginda bersabda:
"Siapa yang memperbaiki masjid, Allah akan memperbaikinya."

Baginda bersabda:
"Jika salah seorang kamu masuk masjid, hendaklah solat dua rakaat sebelum dia duduk."

Baginda bersabda pula:
"Tidak ada solat bagi jiran masjid melainkan di masjid."

Baginda juga bersabda:
"Pada akhir zaman, umatku datang ke masjid duduk berkelompok-kelompok, yang mereka ingat hanya dunia dan cinta dunia. Maka jangan kau hampiri mereka. Allah tidak memerlukan mereka."

Rasullulah SAW bersabda, Allah SWT berfirman:
"Rumah-Ku di bumi adalah masjid. Yang menziarahi-Ku di situ adalah orang yang memuliakannya. Untunglah bagi hamba yang bersuci di rumahnya lalu menziarahi-Ku. Sudah tentu orang yang diziarahi akan memuliakan orang yang menziarahi."

Rasullulah SAW bersabda:
"Jika kamu melihat lelaki yang membiasakan datang ke masjid, saksikanlah bahawa dia itu beriman."

Telah berkata Said bin Musayyab, " Siapa duduk di masjid, beerti dia menjumpai Allah. Mestinya dia hanya berkata dengan baik."

No comments:

Post a Comment

12 897 orang suka baca cerita aku :

Kepada VIP's Blog CORNER MUSLIMAH yang dihormati,


Aku atau bhs s0pannye.."saya' nak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi melawat and be my follower. Juga, saya ingin memohon maaf andai terkasar bhse, or tercuit hati, terpukul jiwa, ter...err..ter ape lg ekk?? ape pun, mohon maaf lah ye..maafkan tau..you r my fren, hehehe. Hanya Allah yang dapat balas jasa VIPku ini kerana melawat blog yg emmm...yg ape? emm..pandai2 la VIPku menilainye ye..hehe..tQ!! & <3 u all!!