October 15, 2010

CERPEN : WARDA


Mataku memandang tepat ke arahnya. Wajahnya muram. Ini membuatkan aku rasa bersalah kerana tidak memberi perhatian kepadanya disebabkan kesibukan tugas.

            “ Wan, Warda mahu ucapkan terima kasih sebab Wan banyak tolong Warda selama ini.” Tenang dia memulakan perbualan.

            “ Dan Warda hendak minta maaf kalau Warda ada buat silap pada Wan. Terutama apa yang Warda hendak katakan ini. Wan dengar dulu apa yang Warda nak cakap. Lepas itu, terpulanglah kepada Wan untuk membuat keputusan.” Setiap patah perkataan tunangku itu membuatkan hatiku berdebar-debar.

            “ Sebenarnya, Warda…” Sunyi seketika. Pawana yang berhembus membelai lembut pipiku.

            “ Sebenarnya apa, Warda? Cakaplah. Mungkin Wan boleh bantu,” kulihat air hangat sudah mula meraba pipinya.

            “ Warda…Warda terlanjur Wan. Maafkan Warda. Warda tidak suci Wan…” Hati terasa retak. Aku cuba selami diri Warda, tunangku itu. Bahunya terhenjut-henjut mengiringi air hangat yangs semakin deras. Aku terpana.

            “ Warda…” Suara garau berbaur kekecewaan memecah hening malam. Aku mengharap semua ini hanyalah mainan tidur. Mimpi. Tapi, ini adalah realiti. Kenyataan yang tidak dapat aku ubah. Tanpa pamitan, aku meninggalkan Warda yang teresak-esak sendirian.

            Bingung. Takut. Sedih. Kecewa. Semuanya bercampur menjadi satu adunan yang bermangkukkan hati ini. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Kali ini, sekali lagi aku tersungkur dalam merempuh perjalanan cinta. Asmaraloka ini ibarat fata morgana yang tidak indah lagi. Aku tidak mampu menghalang rancangan Maha Pencipta.

            Tidak tahu apa yang harusku beritahu kepada mamaku. Sudah berkali-kali mama bertanyakan tentang kami. Bila mahu melangkah ke gerbang perkahwinan.

            “ Wan, kamu bila lagi nak kahwin. Sudah dua tahun kamu bertunang. Adik kamu itu menunggu kamu kahwin. Tidak sabar katanya hendak dapat anak buah. Mama pun tak sabar mahu mendukung cucu,” mama mula dengan soalan ang tidak jemu disebut. Papaku tekun membaca akhbar yang aku tidak tahu apa isinya. Aku merenung kehadapan. Mencari ayat yang sesuai.

       “ Ini yang mama tidak suka. Kalau tanya pasal kahwin mulalah dia Melayang.” Aku masih membisu. Mungkin itu yang terbaik sekarang ini. 

        " Wan, mama tanya ini! Bilanya kamu itu hendak kahwin?”
       “ Tengoklah nanti…”
       “ Tengoklah nanti? Kamu ingat kahwin itu perkara main-main ke?”

            Aku bingung. Haruskah aku memberitahu hal sebenarnya kepada mama? Wajarkah aku memutuskan pertunangan ini? Atau sanggupkah aku meneruskan pertunangan ini sehingga melafazkan akad nikah bahawa aku menerima Warda sebagai isteriku? Sanggupkah aku menjadi bapa kepada anak yang tidak berdosa itu? Arghh!! 

            Dan hari itu juga, aku berfikir panjang, berkali-kali untuk membuat keputusan.  Aku duduk agar mendapat ketenangan jiwa. Hati ini masih juga resah. Persis mahu memecahkan hati aku yang terlalu berat. Kemudian aku berdiri, berjalan ke hulu dan ke hilir. Mataku leka memerhatikan sepasang camar yang bertenggek di dahan pokok. Indahnya hidup camar itu, pasti tiada masalah yang muncul. Aku tersedar dari khayalan tatkala pasangan itu terbang ke
angkasa. Ah, masalah itu mula bermaharajalela semula di mindaku.

            Kali ini aku tekad. Dengan satu kata putus, apapun terjadi aku tidak peduli kerana ini yang muktamad. Aku tidak mahu memikirkannya lagi. Dan aku tidak akan mengubahnya kerana aku tahu ini yang terbaik. Aku menggali semangat yang terkubur di tanah jiwa. Segala keputusan aku meletakkan sebaik-baiknya di dalam tembikar semangat. Dan jika semangat ini pecah, keputusanku akan bertaburan, aku sudah tidak berdaya untuk mengumpulkannya lagi.


PENULIS : ZULAIKHA KAMAL

No comments:

Post a Comment

12 897 orang suka baca cerita aku :

Kepada VIP's Blog CORNER MUSLIMAH yang dihormati,


Aku atau bhs s0pannye.."saya' nak ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi melawat and be my follower. Juga, saya ingin memohon maaf andai terkasar bhse, or tercuit hati, terpukul jiwa, ter...err..ter ape lg ekk?? ape pun, mohon maaf lah ye..maafkan tau..you r my fren, hehehe. Hanya Allah yang dapat balas jasa VIPku ini kerana melawat blog yg emmm...yg ape? emm..pandai2 la VIPku menilainye ye..hehe..tQ!! & <3 u all!!